" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday 30 March 2012

ENTRI 20: Berlagak...

Nak ambil peduli setiap kata- kata dari orang harus di tapis dulu baik & buruknya. Kata-kata berunsur nasihat, semangat & yang membawa kearah kecermelangan hidup tu bolehlah diterima tetapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa & kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja. Memang lumrah manusia berperangai sedemikian. Hari ini saya berkesempatan untuk menulis satu entri yang bertajuk 'berlagak'. Apa yang boleh anda tafsir dengan perkataan ini?? berlagak biasanya boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang mempunyai 'angin tinggi' atau seseorang yang bermegah-megah dengan status yang dimiliki. Manusia diciptakan mempunyai perangai yang berbeza-beza, ada yang berperwatakan sederhana dan ada juga yang berperwatakan tinggi. kebiasaanya kebanyakan orang yang berperwatakan tinggi ini "berlagak". mungkin dengan status yang dimiliki telah membuatkan diri mereka berasa megah. cara berkomunikasi dengan masyarakat juga menampakkan mereka ini bermegah dengan apa yang dimilikinya. mereka banyak menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi. Ada juga orang yang berperwatakan sederhana ini berlagak. mungkin untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai sahaja tetapi hakikatnya sebaliknya.

 

No comments:

Post a Comment