Pada entri yang lepas, saya menulis berkaitan lirik lagu yang bercelaru, hari ini saya masih berpeluang untuk menulis berkaitan novel yang terlaris di pasaran iaitu 'kampung Girl' yang ditulis oleh Umi Kalsom yang juga menggunakan bahasa rojak. Ada apa makna pada tajuk novel berkenaan??? KAMPUNG GIRL merupakan gabungan perkataan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masyarakat sekarang sangat gemar mencampuradukkan bahasa sehinggakan kedengaran sangat pelik. Apa salahnya sekiranya kita sebagai anak jati malaysia memperagungkan bahasa ibunda kita sendiri. sekiranya mahu menggunakan bahasa inggeris, gunakan sahaja.Tidak perlulah mencelarukan bahasa kita yang sedia ada indah.
Kebanyakannya
orang ramai lebih cenderung untuk menggunakan bahasa rojak kerana
apabila bahasa melayu dirojakkan dengan bahasa inggeris boleh
menampakkan sesorang itu berada dalam status yang tinggi. Mungkin dalam
kalangan mereka yang mempunyai kerjaya yang baik. Tidak kisah la semasa
bertutur kita menggunakan bahasa rojak, tetapi dalam situasi rasmi
bahasa rojak ini tidak sesuai digunakan. Lebih-lebih lagi dalam
menerbitkan sebuah buku atau rencana. Hal ini demikian kerana bahan
bercetak mudah mempengaruhi orang ramai berkaitan perkara yang ditulis,
sekiranya menggunakan bahasa dengan betul memberi kesan yang baik kepada
pembaca dan sekira sebaliknya ia menampakkan perkara yang tidak patut
dipandang enteng. Oleh
hal yang demikian, pihak yang terlibat perlulah mengawasi penggunaan
bahasa dalam kalangan masyarakat malaysia agar isu bahasa ini tidak
sentiasa menjadi topik perbualan orang ramai.
p/s: Menggunakan bahasa melayu dengan betul adalah lebih baik berbanding mencampuradukkan bahasa ibunda yang sedia ada indah. -INDAHNYA BAHASA KITA-
No comments:
Post a Comment