" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Monday 12 March 2012

ENTRI 6: BARU @ BAHARU ???

Sejak belakangan ini, banyak iklan di televisyen Malaysia menggunakan istilah ‘baharu’ dan dalam masa sama ada yang masih menggunakan ’baru‘. Semua ini disebabkan ada sesetengah pihak berpendapat bahawa istilah ‘baru’ ialah singkatan. Jadi, jika ‘baru’ ialah singkatan kenapa istilah ‘saya’ tidak ditukar kepada ‘sahaya’? Hal ini kerana ‘saya’ sebenarnya berasal daripada ‘sahaya. Berbalik kepada istilah ‘baru’, sebenarnya ia tidak ditunjukkan dalam Kamus Dewan sebagai satu kependekan(singkatan).

Satu lagi sebab ialah kemungkinan Munsyi DBP berhasrat untuk membezakan ‘baru’ antara Adjektif(kata adjektif) dengan Kata Bantu Aspek(Masa). Hal Ini tidak seharusnya menjadi sebab untuk menafikan istilah ‘baru’ dan menukarnya kepada ‘baharu’. Oleh itu, diharapkan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang mudah digunakan dalam menimba atau mengajar pelbagai bidang ilmu. Untuk kekal sebagai bahasa ilmu, semua istilah Bahasa Melayu perlu mudah diingati kerana yang panjang berjela-jela biasanya sukar diingati.

No comments:

Post a Comment