" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Tuesday 20 March 2012

ENTRI 12: Panggilan Mesra dan Hormat


Hari ini saya berkesmpatan menulis entri berkaitan dengan panggilan mesra dan hormat. Mesra dan hormat merupakan perkataan yang mudah difahami oleh semua. perkatan hormat itu sendiri membawa maksud memberi pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang penuh sopan. kebanyakan masyarakat kurang mengetahui panggilan hormat yang sesuai dipanggil untuk hubungan antara keluarga dan hubungan secara rasmi. Ada dua faktor yang menentukan bagaimana kita menggunakan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu, pertama hubungan keluarga dan kedua hubungan rasmi. Kita memanggil ahli-ahli keluarga kita dengan menggunakan bentuk panggilan keluarga. Kita memanggil orang-orang yang ada urusan rasmi dengan kita dengan menggunakan bentuk panggilan hormat. Bentuk panggilan keluarga menimbulkan rasa mesra. Bentuk panggilan hormat menimbulkan rasa hormat. Kepada orang-orang yang ada hubungan keluarga dengan kita, kita menggunakan bentuk panggilan keluarga seperti, bapa, emak, abang, kakak, adik, pakcik, makcik, dan sebagainya apabila bercakap dengan mereka. Kepada orang yang kita ada hubungan rasmi dengan kita, seperti dalam urusan pejabat, perniagaan, jual beli, bank, pentadbiran kerajaan, kita menggunakan bentuk panggilan hormat seperti, tuan, puan, encik, cik, cik puan, saudara dan saudari.

Walau bagaimanapun, konsep keluarga dalam budaya Melayu boleh mengelirukan. Keluarga dalam budaya Melayu boleh merangkumi mereka yang di luar keluarga pusat. Malah seluruh penduduk sebuah kampung dapat dianggap bersaudara. Dalam konteks ini, panggilan keluarga seperti pak cik, mak cik, abang, kakak dan adik digunakan pula orang bukan ahli keluarga. Bahkan panggilan datuk, nenek, tok wan, tok nek, pak long, mak long, bang long, kak long dan sebagainya. pun digunakan juga oleh orang-orang yang bukan ahli keluarga. Ini adalah perkara biasa untuk menyatakan bahawa, apabila sudah kenal biasa, kita diterima menjadi sebahagian daripada sesuatu keluarga. Yang penting, mereka ada talian keluarga, atau sudah kenal biasa sehingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga. Tetapi ini tidak bermakna semua orang Melayu yang kita temui boleh dipanggil dengan menggunakan panggilan keluarga seperti pak cik, mak cik, abang, kakak dan adik.

 Dalam masyarakat Melayu yang lebih besar, iaitu di luar keluarga pusat dan orang-orang yang sudah diterima sebagai ahli keluarga, panggilan dengan bentuk panggilan keluarga tidak diizinkan. Apabila aturan ini dilanggar, maka ia menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang bukan ahli keluarga yang dipanggil dengan bentuk panggilan keluarga. Ia menimbulkan kesan yang orang bercakap itu tidak tahu adat bahasa Melayu. Ringkasnya, ia sudah berlaku biadab atau kurang ajar.

secara kesimpulannya, panggilan mesra dan hormat perlu diketahui oleh semua orang. Hal ini demikian kerana panggilan yang digunakan semasa berkomunikasi dengan orang akan melambangkan peribadi kite sendiri.

1 comment:

  1. Hi cik, sedikit nak tanya. contoh kalu pergi ke pejabat, ( mana2 pejabat la ye) andaikata di kaunter tu seorang perempuan muda. Gelaran apa yang patut saya panggil. Nak panggil puan atau Cik ye ?

    ReplyDelete