" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday 14 March 2012

ENTRI 8: Peribahasa dan Maknanya

Peribahasa menyerikan sebarang bahasa dan memberikan nafas baru kepada bahasa sebagai alat perhubungan yang dinamis. peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan yang istimewa, bukan sekadar memperkaya khazanah bahasa, bahkan lebih penting daripada itu iaitu dengan memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan sebagainya. oleh itu, ketertinggian peribahasa dalam bahasa dan bangsa telah membawa kepada lambakan pelbagai definisi.

Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan oleh orang melayu untuk menyatakan sesuatu  perkara yang berupa kata-kata kiasan atau sindiran. peribahasa juga merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu dan maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asalnya. berdasarkan definisi tersebut dapatlah dijelaskan bahawa sesuatu peribahasa itu berupaya mendukung maksud yang tertentu.

Hal ini dapat dilihat melalui cotoh peribahasa berikut:

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud pantun tersebut pada tersiratnya ialah kiasan yang mengandungi kata-kata sindiran yang bermaksud untuk memberi perangsang kepada orang yang lemah, tetapi ingin mengerjakan sesuatu pekerjayaan yang merbahaya. manakala maksud tersurat pula ialah janganlah mendirikan rumah atau tinggal di tepi pantai jika takut dilambung ombak.

No comments:

Post a Comment