Berikan jawapan
Aku tak ingin tak perlu aku damping
Berikan jawapan
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Pagi tadi sempat saya membuka siaran radio, radio apa entah, saya kurang peka sikit pasal radio-radio ni. Al-maklum la masa tiada kelas je berkesempatan dengar radio..!!! tiba-tiba saya terdengar lagu yang saya letakkan liriknya di atas. boleh dikatakan lagu tersebut merupakan lagu baru yang dinyanyikan oleh awi rafael yang dahulunya digosip dengan shila amzah. Pada zahirnya, lagu ini memang sedap didengar, namun begitu bahasa yang digunakan agak bercelaru. kenapa bercelaru?mmmm, kawan-kawan boleh la hayati sendiri lagu tu. Bahasa yang dicampuradukkan bukan??
Sebagai seorang yang peka terhadap isu bahasa, saya agak terkilan dengan kurangnya sensitiviti oleh segelintir penulis lirik kita yang gagal menghayati skop perlembagaan malaysia yang menyatakan bahawa bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan. Mengapa masih lagi merojakkan bahasa yang selama ini sudah indah didengar? mungkin masyarakat di luar sana tidak kisah dengan isu ini, tetapi sekiranya perkara ini dipandang mudah, lebih ramai lagi penulis lirik yang akan merojakkan bahasa. Diharapkan pihak yang terbabit mengambil langkah sewajarnya bagi membendung isu ini. Misalnya negara kita perlu mencontohi negara korea kerana mereka akan GAM lagu yang mencampuradukkan bahasa ibunda mereka. Hal ini bukan sahaja dapat membendung masalah bahasa, malahan tidak memudaratkan para remaja mengikut setiap bait-bait lagu yang penggunaan bahasanya yang salah.
No comments:
Post a Comment