" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Thursday 8 March 2012

ENTRI 4: Bahasa Rojak di Papan Tanda


Berdasarkan pemerhatian saya, didapati penggunaan bahasa rojak bukan sahaja melalui komunikasi seharian masyarakat, ianya juga turut menular di papan-papan tanda petunjuk arah serta pada bangunan. Gambar di atas menunjukkan contoh penggunaan bahasa rojak di papan tanda. Penyalahgunaan bahasa melayu di papan tanda dan penggunaan bahasa rojak ini memberi kesan yang sangat besar terhadap kedaulatan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Pencemaran bahasa yang melanggar semangat bahasa rasmi memerlukan satu mekanisme yang khusus supaya cita-cita murni Perdana Menteri ke arah 1Malaysia tidak hanya retorik semata-mata.

 Penyalahgunaan bahasa rojak di papan-papan tanda perlu diambil tindakan yang sesuai. Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara perlu mengalami lonjakan jauh dan pantas untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Pihak yang terbabit khususnya pihak Kerajaan Tempatan mestilah menyeragamkan semua peruntukan undang-undang berkaitan Pihak berkuasa tempatan  mengenai dasar Bahasa Kebangsaan supaya selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan untuk dapat mengawal semua penamaan jalanraya dan bangunan serta pengiklanan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutama bagi pemaparan di khalayak awam termasuk oleh pihak swasta.

No comments:

Post a Comment