Ketika
sedang leka melayari internet, saya terbaca satu entri berkaitan dengan isu
bahasa SMS dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya pelajar sekolah.
Suasana menjadi cemas dalam masyarakat akibat bahasa SMS yang digunakan oleh
pelajar dalam peperiksaan, tugasan dan sebagainya kian berleluasa. Ditambah
pula dengan kebimbangan kononnya bahasa SMS boleh merosakkan bahasa baku dan
suasana ini dianggap amat kronik.
Gambar
berikut menggambarkan situasi di mana penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar
secara amnya:
Pada hakikatnya, dalam konteks
komunikasi tidak formal, tidak salah kita gunakan ayat dan ungkapan dalam ayat
yang tidak lengkap, ayat yang tergantung, ayat yang bercampur bahasa atau
dialek seperti mana kita lakukan dalam perbualan harian kita secara lisan.
Bahasa perbualan ini dikenali sebagai bahasa slanga atau bahasa basahan. Kita
mendengar sesetengah orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dengan
melanggar nahu, menggunakan kosakata yang salah dalam perbualan mereka dan
menyebut perkataan dalam bahasa Melayu secara tidak tepat tetapi kita tidak
menghukum mereka sebagai merosakkan bahasa baku. Begitu juga dalam konteks
komunikasi SMS tidak formal, pengguna tidak boleh dihukum sebagai
menyalahgunakan bahasa Melayu dan dihukum sebagai merosakkan bahasa baku.
Namun
begitu, kita tidak boleh memandang enteng tentang isu ini lebih-lebih lagi
penggunaannya kian berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah. Pihak yang
berwajib khususnya para guru hendaklah mengambil tindakan yang sistematik bagi
membendung masalah ini. Para guru perlulah bertegas dalam penggunaan bahasa yang betul semasa berkomunikasi dengan pelajar. Sekiranya
pelajar tetap menggunakan bahasa SMS dalam komunikasi atau penulisan mereka,
para guru perlulah menegur dengan sebaik-baiknya . Hal ini demikian kerana
setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan masing-masing untuk mengubah keadaan
ini. Gunakan pendekatan yang betul dan bersesuaian pada tempat. Guru-guru atau
pensyarah perlulah menunjukkan teladan yang baik kerana guru-guru dan pensyarah
merupakan “role model’ kepada pelajar. Setiap gerak geri dan tingkah laku guru
dan pensyarah akan memberi kesan terhadap penggunaan bahasa dengan betul.
Secara
kesimpulannya, isu penggunaan bahasa SMS ini tidaklah terlalu membimbangkan.
Namun begitu, sebagai seorang pencinta bahasa kita perlulah mengambil berat
tentang masalah yang berlaku disekeliling kita. Semua pihak haruslah
bertanggungjawab bagi membantu dalam membendung masalah ini.
No comments:
Post a Comment