" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Tuesday 27 March 2012

ENTRI 17: Ungkapan Terima Kasih @ Thanks


Budaya melafazkan ucapan terima kasih menjadi satu amalan dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak sukar sebenarnya untuk melafazkannya tapi lihatlah berapa ramai yang mengungkapkannya, malah saya akui kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapnya hatta dengan keluarga sendiri. Ungkapan yang dianggap mudah tapi sebenarnya amat sukar untuk diluahkan seolah-olah lidah ini kelu untuk menyatakannya. Inilah yang ingin diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah .Malah kalau dilihat apabila mereka menerima sesuatu amat sukar untuk mereka menyebut 'terima kasih' dan kami sering mengingatkan mereka untuk menyebutnya. Masyarakat juga lebih terdorong untuk mengucap 'thanks" berbanding ucapan 'terima kasih". Hal ini demikian kerana dengan ucapan thanks, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menyebutnya berbanding berterima kasih di samping untuk menjaga status masing-masing.
ucapan "terima kasih"





ucapan terima kasih dan thanks sememangnya mempunyai maksud yang sama iaitu memberi penghargaan kepada seseorang di atas perkara yang telah dilakukan sama ada secara tersurat atau tersirat. Agama islam menyarankan supaya umatnya sentiasa berterima kasih kepada orang lain. Tidak salah sekiranya masyarakat ingin menggunakan "thanks" tetapi perlulah mengikut situasi atau keadaan. Tidakkah kita berasa janggal sekiranya ucapan "thanks' itu diberikan kepada orang yang lebih tua dari kita. seeloknya ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti dibibir supaya orang tidak beranggapan yang bukan-bukan terhadap diri kita.


No comments:

Post a Comment