" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Thursday 15 March 2012

ENTRI 9: Ragam Bahasa

      SELALU...???

Apa yang anda faham dengan perkataan tersebut? kebiasaanya perkataan selalu ini bermaksud sentiasa. Menurut kamus dewan edisi keempat, "selalu" membawa maksud sentiasa, selamanya dan sepanjang masa. Semasa menghadiri kelas karya agung melayu, pensyarah telah membangkitkan satu isu di mana makna perkataan "selalu" mengikut negeri kelantan dan negeri-negeri lain seperti selangor, perak, kuala lumpur dan sebagainya adalah berbeza. Penggunaan perkataan "selalu" oleh penduduk negeri kelantan adalah merujuk kepada makna yang menunjukkan pada masa sekarang manakala negeri-negeri lain merujuk kepada makna yang menunjukkan perkataan "sentiasa atau kerap kali".

Memang tidak dapat dinafikan pada zahirnya penggunaan perkataan "selalu' ini tidak nampak begitu ketara kepada orang yang tidak memahaminya. Namun begitu, penggunaan perkataan ini juga mungkin akan menyebabkan salah faham antara individu dengan individu yang lain. Di samping itu, perkataan selalu ini juga jarang digunakan oleh penduduk di negeri Terengganu. Hal ini demikian kerana, perkataan "selalu" digantikan dengan perkataan "sokmo" yang menunjukkan makna yang sama iaitu sentiasa dan sepanjang masa. Walaupun berbeza sebutan tetapi maknanya tetap sama.

No comments:

Post a Comment