Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'slanga'?. Ada yang menyatakan bahawa slanga ialah dialek, ada yang mengaitkan
slanga dengan cara pertuturan dan ada juga yang menyatakan slanga sebagai bahasa
mesra. Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata,
ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau
bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Slanga merupakan kosa
kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara
umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh
golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi
sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound
Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan sejak negara berada dalam arus kemodenan. Seingat saya, perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para remaja pada masa kini. Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.
Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
contoh pengunaan bahasa slanga |
Selain itu, penggunaan bahasa slanga sudah menjadi gaya
hidup ‘wajib’ golongan muda untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti
perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa Melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Saya ralat
melihat tidak ramai yang sedar bahawa penggunaan bahasa slanga
generasi muda itu sebenarnya memperkecilkan bahasa Melayu yang pada
asasnya memberi gambaran betapa merosotnya bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan yang sudah perakukan kedudukannya dalam Perlembagaan
Persekutuan.
p/s: BAHASA CERMINAN BUDAYA BANGSA
No comments:
Post a Comment