" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Tuesday 6 March 2012

ENTRI 2: Penggunaan DIALEK dalam Kalangan Pelajar


Bahasa Melayu adalah bahasa negara di Malaysia. Sebagai bahasa negara, sama ada dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan mahupun bahasa rasmi, ekologi linguistiknya cukup agam dan banyak sekali. Ia dituturkan di seluruh pelosok negara dan kedengaran di media elektronik pada setiap masa sepanjang hari. Dengan kata lain, bahasa Melayu adalah bahasa fungsional di negara ini, iaitu digunakan meluas, selain amat penting untuk kebanyakan tujuan.

Dengan kepentingannya yang begitu utama sifatnya, masih lagi penggunaan dialek digunakan secara ketara oleh pelajar terutamanya pelajar IPTA semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penggunaan dialek ini secara tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada mutu dan kualiti bahasa melayu itu sendiri. Tidak salah menuturkan dialek negeri masing-masing  semasa berbicara dengan rakan seperjuangan, tetapi ketika sesi pengajaran penggunaan dialek ini sebaiknya perlu dielakkan.

Gambar tersebut menunjukkan situasi penggunaan dialek yang ketara oleh pelajar. Sememangnya, bagi penutur jati dialek agak sukar mengunakan bahasa melayu yang betul dalam konteks perbualan seharian, namun begitu para pelajar ini perlu membiasakan diri menggunakan bahasa melayu yang betul supaya memudahkan mereka sekiranya berurusan dengan pihak yang mementingkan penggunaan bahasa ibunda. "bahasa jiwa bangsa'



No comments:

Post a Comment