Saya tertarik untuk menulis satu entri yang bertajuk "Apabila Bahasa Melayu Diajar oleh Guru Dialek". sebelum berbicara dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui definisi dialek menurut kamus dewan terlebih dahulu. Menurut kamus dewan, dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh
sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat
daerah (negeri dan lain-lain). Biarpun
banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu di Malaysia, generasi muda
kini khususnya sebilangan pendidik semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding
dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada
pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
Walaupun semakin ramai para pendidik menggunakan bahasa melayu baku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, ada juga segelintir pendidik ini lebih suka menggunakan dialek mereka sendiri semasa berada di sekolah. Tidak menjadi kesalahan menuturkan dialek semasa di sekolah tetapi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru terbabit perlulah menggunakan bahasa melayu dengan betul. Hal ini demikian kerana dengan pengunaan bahasa melayu yang betul para pelajar dapat memahami nahu bahasa dengan baik di samping menguasai intonasi suara dengan baik. Sehubungan itu, pihak yang berwajib perlulah mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah ini.
No comments:
Post a Comment