Apabila berbicara tentang
bahasa, saya tertarik untuk memberi satu situasi di mana penggunaan bahasa singkatan
yang kini semakin luas digunakan oleh masayakat lebih-lebih lagi para remaja.
sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahasa singkatan menjadi topik utama
perbualan orang ramai. Berikut merupakan
perkataan singkatan yang biasa digunakan oleh para remaja pada masa kini:
- Apa cer?
- lawak ke, der?
- bai, lu nak makan apa?
Mengambil istilah yang
agak 'in' di kalangan muda-mudi masa kini , perkataan "der" yang membawa definisi "brader"
atau dalam bahasa inggerisnya 'brother". Perkataan singkatan tersebut
ibarat sudah lembut dengan lidah remaja.
Secara kesimpulannya, Pengaruh bahasa Inggeris dalam berbahasa
masyarakat Melayu jelas ketara. Mereka menggunakan bahasa yang bercampur antara
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang dikatakan sebagai bahasa rojak.
Berbahasa selain bahasa Melayu merupakan suatu keperluan, tetapi sekiranya kita
hendak berbahasa lain seperti berbahasa Inggeris seharusnya menggunakan bahasa
tersebut dengan betul. Janganlah kita mencampuradukkan bahasa tersebut sehingga
tiada unsur keindahan di dalamnya.
No comments:
Post a Comment