Nak ambil peduli setiap kata- kata dari orang harus di tapis dulu baik
& buruknya. Kata-kata berunsur nasihat, semangat & yang
membawa kearah kecermelangan hidup tu bolehlah diterima tetapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa &
kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja. Memang lumrah manusia berperangai sedemikian. Hari ini saya berkesempatan untuk menulis satu entri yang bertajuk 'berlagak'. Apa yang boleh anda tafsir dengan perkataan ini?? berlagak biasanya boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang mempunyai 'angin tinggi' atau seseorang yang bermegah-megah dengan status yang dimiliki. Manusia diciptakan mempunyai perangai yang berbeza-beza, ada yang berperwatakan sederhana dan ada juga yang berperwatakan tinggi. kebiasaanya kebanyakan orang yang berperwatakan tinggi ini "berlagak". mungkin dengan status yang dimiliki telah membuatkan diri mereka berasa megah. cara berkomunikasi dengan masyarakat juga menampakkan mereka ini bermegah dengan apa yang dimilikinya. mereka banyak menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi. Ada juga orang yang berperwatakan sederhana ini berlagak. mungkin untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai sahaja tetapi hakikatnya sebaliknya.
" Hidup tanpa bahasa umpama rumah tanpa atap..cintai bahasa kita..Bahasa Jiwa Bangsa "
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
ENTRI 19: MENCARUT ATAU DICARUT???
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran
kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak
membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah
mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya. Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang
ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab,
dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.
Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya
dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu
mempunyai ibu bapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya
disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal
dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
P/s: Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut
Wednesday, 28 March 2012
ENTRI 18: Realiti Bahasa
Bahasa melayu bukanlah bahasa utama yang digunakan di Malaysia. Kedudukannya sebagai bahasa rasmi tidak bermakna ia adalah bahasa komunikasi sesama raktat Malaysia. Hari ini orang ramai lebih gemar berbahasa inggeris atau mencampurkan bahasa inggeris dengan bahasa ibunda dalam percakapan dan penulisan. Bahasa rojak itu mungkin boleh berlaku. contohnya 'SUREHEBOH' kini menjadi 'Jom Heboh', 'Saluran Infotainmen Anda' sudah menjadi 'Saluran Inforia Anda'. Sudah banyak pendekatan yang dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap isu bahasa ini sama ada isu bahasa slanga, bahasa rojak dan sebagainya. Pihak Kementerian yang dipertanggungjawabkan memperkasakan semula bahasa melayu ialah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Di samping iut, beberapa buah agensi lain juga turut berperanan mengembleng tenaga untuk memperkasakan bahasa melayu sesuai dengan martabat statusnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.Pihak media elektronik juga dikatakan turut sama dengan tidak lagi
membenarkan bahasa rojak digunakan dalam siarannya. Pendeknya apa yang berlaku
semacam ada perubahan pendirian pucuk pimpinan negara terhadap bahasa Melayu.
Tuesday, 27 March 2012
ENTRI 17: Ungkapan Terima Kasih @ Thanks
Budaya melafazkan ucapan terima kasih menjadi satu amalan dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak sukar sebenarnya
untuk melafazkannya tapi lihatlah berapa ramai yang
mengungkapkannya, malah saya akui kadang-kadang kita terlupa untuk
mengucapnya hatta dengan keluarga sendiri. Ungkapan yang dianggap mudah tapi sebenarnya amat sukar untuk
diluahkan seolah-olah lidah ini kelu untuk menyatakannya. Inilah
yang ingin diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah .Malah kalau dilihat
apabila mereka menerima sesuatu amat sukar untuk mereka menyebut 'terima
kasih' dan kami sering mengingatkan mereka untuk menyebutnya. Masyarakat juga lebih terdorong untuk mengucap 'thanks" berbanding ucapan 'terima kasih". Hal ini demikian kerana dengan ucapan thanks, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menyebutnya berbanding berterima kasih di samping untuk menjaga status masing-masing.
![]() | ||||||
ucapan "terima kasih" |
ucapan terima kasih dan thanks sememangnya mempunyai maksud yang sama iaitu memberi penghargaan kepada seseorang di atas perkara yang telah dilakukan sama ada secara tersurat atau tersirat. Agama islam menyarankan supaya umatnya sentiasa berterima kasih kepada orang lain. Tidak salah sekiranya masyarakat ingin menggunakan "thanks" tetapi perlulah mengikut situasi atau keadaan. Tidakkah kita berasa janggal sekiranya ucapan "thanks' itu diberikan kepada orang yang lebih tua dari kita. seeloknya ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti dibibir supaya orang tidak beranggapan yang bukan-bukan terhadap diri kita.
Monday, 26 March 2012
ENTRI 16: Perbezaan Bahasa Melayu Standard dengan Dialek Terengganu...
Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa
tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat
bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu
dan berlainan daripada bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar
untuk dianggap sebagai satu bahasa yang
lain (Abdul Hamid Mahmood 1994).
Dialek Terengganu mempunyai tujuh fonem vokal,
iaitu i, ĕ, e, ȇ, a, u, ȏ kecuali ĕ, semua vokal-vokal itu boleh menepati
lingkungan awal, tengah dan akhir kata. Vokal ĕ tidak menepati lingkungan akhir kata, iaitu sebelum kesenyapan.
Oleh hal yang demikian, akhir kata a dalam ejaan diucapkan sebagai ĕ dalam dialek Terengganu. Gaya
percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.
Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek
Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran
dengan ‘n’. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Makan Makang
Ikan Ikang
Bukan Bukang
Badan Badang
Pun Pung
Zapin Zaping
Kemaman (nama daerah) Kemamang
Jalan Jalang
Hujan Hujang
Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Apa Apěě
Mana Maněě
Ada Aděě
Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Jumpa Jupěě
Sampai Sapaa
Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM Standard Dialek Terengganu
Duit Pitih
Selalu Sokmo
Tampal Tepek
Tipu Nawok
Terdapat
juga beberapa perkataan utama untuk menggambarkan rasa dalam dialek Terengganu dan
perkataan-perkataan tersebut adalah tawar,
pahit, kelat, masam, manis, pedas, masin, payau (rasa seperti air sungai), hayai (rasa antara tawar dan manis), manis, lemak dan sebagainya.
Dari perkataan-perkataan ini, hanya tujuh perkataan sahaja yang merujuk kepada
rasa asas iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataan
kelat menggambarkan peleburan dua
jenis rasa, iaitu pahit dan masam. Demikian juga payau yang memperlihatkan perkembangan
dari rasa tawar ke rasa masin digabungkan dengan kelat, sedangkan hayai menunjukkan perkembangan dari manis ke tawar dan
sebagaianya. Jadual tersebut menunjukkan konsep rasa yang dituturkan dalam
bahasa melayu standard daan dialek Terengganu.
Bil
|
Bahasa Melayu Standard
|
Dialek Terengganu
|
1.
|
Tawar
|
Tawǒ
|
2.
|
Pahit
|
Pahit
|
3.
|
Kelat
|
Kelat
|
4.
|
Manis
|
Manih
|
5.
|
Pedas
|
Pĕdah
|
6.
|
Masin
|
Masin
|
7.
|
Lemak
|
Lĕmǒk
|
8.
|
Payau
|
payǒ
|
Darjat
kesangatan pada kata sifat tidak hanya didukung oleh pola-pola nahu yang ada
tetapi juga oleh kolokasi dengan kata-kata lain, seperti berikut:
1.
|
Masam rebang
|
Sangat masam
|
2.
|
Manis leting
|
Sangat manis
|
3.
|
Pahit lepang
|
Sangat pahit
|
4.
|
Masin rebing
|
Sangat masin
|
5.
|
Tawar heber
|
Sangat tawar
|
Secara kesimpulannya, terdapat perbezaan antara
satu dialek dengan dialek lain. Sebenarnya faktor perbezaan penggunaan dialek
di setiap negeri dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya adalah faktor
geografi, budaya, persekitaran, penjajahan, perdagangan sosial dan sejarah
negeri tersebut. Walau bagaimanapun dialek Terengganu ini masih lagi digunakan
sehingga ke hari ini walaupun masyarakat pada masa kini semakin maju dalam
mengejar arus kemodenan negara. Dalam sistem pendidikan, penggunaan sistem
Bahasa Melayu Standard lebih dititikberatkan selaras dengan penggunaan bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Sebagai guru, kita haruslah menggalakkan
pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa bertutur. Sokongan dan
bantuan mestilah diberikan kepada pelajar supaya mereka berasa yakin untuk
menggunakan Bahasa Melayu Standard di sekolah mahupun di luar bilik darjah.
Selain itu juga, guru juga mestilah menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa
menyampaikan pengajaran dan elakkan menggunakan dialek di sekolah. Dengan itu,
penguasaan penggunaan Bahasa Melayu Standard akan dapat dipertingkatkan.
BAHASA MELAYU STANDARD
VS
DIALEK TERENGGANU
Friday, 23 March 2012
ENTRI 15: Ragam Bahasa di "Facebook"
Meneliti ragam bahasa di Facebook memerlukan suatu ketelitian yang terperinci. Hal ini demikian kerana, ragam bahasa di Facebook adalah ragam bahasa yang kompleks.Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook telah ‘mengancam’ penggunaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan masyarakat hari ini. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata
penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa
sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung dalam kalangan
pengguna laman web sosial.
Thursday, 22 March 2012
ENTRI 14: BAHASA SLANGA
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'slanga'?. Ada yang menyatakan bahawa slanga ialah dialek, ada yang mengaitkan
slanga dengan cara pertuturan dan ada juga yang menyatakan slanga sebagai bahasa
mesra. Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata,
ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau
bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Slanga merupakan kosa
kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara
umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh
golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi
sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound
Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan sejak negara berada dalam arus kemodenan. Seingat saya, perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para remaja pada masa kini. Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.
Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
![]() | ||||
contoh pengunaan bahasa slanga |
Selain itu, penggunaan bahasa slanga sudah menjadi gaya
hidup ‘wajib’ golongan muda untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti
perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa Melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Saya ralat
melihat tidak ramai yang sedar bahawa penggunaan bahasa slanga
generasi muda itu sebenarnya memperkecilkan bahasa Melayu yang pada
asasnya memberi gambaran betapa merosotnya bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan yang sudah perakukan kedudukannya dalam Perlembagaan
Persekutuan.
p/s: BAHASA CERMINAN BUDAYA BANGSA
Wednesday, 21 March 2012
ENTRI 13: Kampung "GIRL"
Pada entri yang lepas, saya menulis berkaitan lirik lagu yang bercelaru, hari ini saya masih berpeluang untuk menulis berkaitan novel yang terlaris di pasaran iaitu 'kampung Girl' yang ditulis oleh Umi Kalsom yang juga menggunakan bahasa rojak. Ada apa makna pada tajuk novel berkenaan??? KAMPUNG GIRL merupakan gabungan perkataan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masyarakat sekarang sangat gemar mencampuradukkan bahasa sehinggakan kedengaran sangat pelik. Apa salahnya sekiranya kita sebagai anak jati malaysia memperagungkan bahasa ibunda kita sendiri. sekiranya mahu menggunakan bahasa inggeris, gunakan sahaja.Tidak perlulah mencelarukan bahasa kita yang sedia ada indah.
Kebanyakannya
orang ramai lebih cenderung untuk menggunakan bahasa rojak kerana
apabila bahasa melayu dirojakkan dengan bahasa inggeris boleh
menampakkan sesorang itu berada dalam status yang tinggi. Mungkin dalam
kalangan mereka yang mempunyai kerjaya yang baik. Tidak kisah la semasa
bertutur kita menggunakan bahasa rojak, tetapi dalam situasi rasmi
bahasa rojak ini tidak sesuai digunakan. Lebih-lebih lagi dalam
menerbitkan sebuah buku atau rencana. Hal ini demikian kerana bahan
bercetak mudah mempengaruhi orang ramai berkaitan perkara yang ditulis,
sekiranya menggunakan bahasa dengan betul memberi kesan yang baik kepada
pembaca dan sekira sebaliknya ia menampakkan perkara yang tidak patut
dipandang enteng. Oleh
hal yang demikian, pihak yang terlibat perlulah mengawasi penggunaan
bahasa dalam kalangan masyarakat malaysia agar isu bahasa ini tidak
sentiasa menjadi topik perbualan orang ramai.
p/s: Menggunakan bahasa melayu dengan betul adalah lebih baik berbanding mencampuradukkan bahasa ibunda yang sedia ada indah. -INDAHNYA BAHASA KITA-
Tuesday, 20 March 2012
ENTRI 12: Panggilan Mesra dan Hormat
Hari ini saya berkesmpatan menulis entri berkaitan dengan panggilan mesra dan hormat. Mesra dan hormat merupakan perkataan yang mudah difahami oleh semua. perkatan hormat itu sendiri membawa maksud memberi pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang penuh sopan. kebanyakan masyarakat kurang mengetahui panggilan hormat yang sesuai dipanggil untuk hubungan antara keluarga dan hubungan secara rasmi. Ada dua faktor yang menentukan bagaimana kita menggunakan bentuk panggilan dalam bahasa Melayu, pertama hubungan keluarga dan kedua hubungan rasmi. Kita memanggil ahli-ahli keluarga kita dengan menggunakan bentuk panggilan keluarga. Kita memanggil orang-orang yang ada urusan rasmi dengan kita dengan menggunakan bentuk panggilan hormat. Bentuk panggilan keluarga menimbulkan rasa mesra. Bentuk panggilan hormat menimbulkan rasa hormat. Kepada orang-orang yang ada hubungan keluarga dengan kita, kita menggunakan bentuk panggilan keluarga seperti, bapa, emak, abang, kakak, adik, pakcik, makcik, dan sebagainya apabila bercakap dengan mereka. Kepada orang yang kita ada hubungan rasmi dengan kita, seperti dalam urusan pejabat, perniagaan, jual beli, bank, pentadbiran kerajaan, kita menggunakan bentuk panggilan hormat seperti, tuan, puan, encik, cik, cik puan, saudara dan saudari.
Walau bagaimanapun, konsep keluarga dalam budaya Melayu boleh mengelirukan. Keluarga dalam budaya Melayu boleh merangkumi mereka yang di luar keluarga pusat. Malah seluruh penduduk sebuah kampung dapat dianggap bersaudara. Dalam konteks ini, panggilan keluarga seperti pak cik, mak cik, abang, kakak dan adik digunakan pula orang bukan ahli keluarga. Bahkan panggilan datuk, nenek, tok wan, tok nek, pak long, mak long, bang long, kak long dan sebagainya. pun digunakan juga oleh orang-orang yang bukan ahli keluarga. Ini adalah perkara biasa untuk menyatakan bahawa, apabila sudah kenal biasa, kita diterima menjadi sebahagian daripada sesuatu keluarga. Yang penting, mereka ada talian keluarga, atau sudah kenal biasa sehingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga. Tetapi ini tidak bermakna semua orang Melayu yang kita temui boleh dipanggil dengan menggunakan panggilan keluarga seperti pak cik, mak cik, abang, kakak dan adik.
Dalam masyarakat Melayu yang lebih besar, iaitu di luar keluarga pusat
dan orang-orang yang sudah diterima sebagai ahli keluarga, panggilan
dengan bentuk panggilan keluarga tidak diizinkan. Apabila aturan ini
dilanggar, maka ia menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang bukan
ahli keluarga yang dipanggil dengan bentuk panggilan keluarga. Ia
menimbulkan kesan yang orang bercakap itu tidak tahu adat bahasa Melayu.
Ringkasnya, ia sudah berlaku biadab atau kurang ajar.
secara
kesimpulannya, panggilan mesra dan hormat perlu diketahui oleh semua
orang. Hal ini demikian kerana panggilan yang digunakan semasa
berkomunikasi dengan orang akan melambangkan peribadi kite sendiri.
Monday, 19 March 2012
ENTRI 11: Budi Bahasa di Kaunter
" Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa "
Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi
menggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si
pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi.
Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa
dan peradaban. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan
orang lain.Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma
budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa
sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya
masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat
sesuatu masyaraka.
Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi
tidak berbahasa yakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik
muda, baik orang bawahan mahupun atasan. Hal ini berlaku di
tempat-tempat kerja seperti di kilang, di firma swasta, di
pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat
membeli-belah dan sekolah. Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada
pihak-pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan. Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan
yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada pekerja yang
berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan, dan jabatan-jabatan yang
bertanggungjawab dalam penguatkuasaan, seperti polis dan imigresen.
Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau sedikit kasar serta tiada
senyuman yang terukir di wajah mereka.
Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan
disebabkan oleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada
masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak
sopan atau kata yang agak kasar nadanya. Hal ini boleh jadi disengajakan
ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah
atau kekusutan fikiran. Oleh itu bahasa yang sopan perlu ditekankan ketika berkomunikasi kerana
kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa
dan peradaban, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan
orang lain. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya
terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu,
kita harus mempertahankannya.
Friday, 16 March 2012
ENTRI 10: Lirik Lagu yang Bercelaru
Buka lah mata dan lihat di hadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Hodohkah aku? Sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku damping owh
Run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pagi tadi sempat saya membuka siaran radio, radio apa entah, saya kurang peka sikit pasal radio-radio ni. Al-maklum la masa tiada kelas je berkesempatan dengar radio..!!! tiba-tiba saya terdengar lagu yang saya letakkan liriknya di atas. boleh dikatakan lagu tersebut merupakan lagu baru yang dinyanyikan oleh awi rafael yang dahulunya digosip dengan shila amzah. Pada zahirnya, lagu ini memang sedap didengar, namun begitu bahasa yang digunakan agak bercelaru. kenapa bercelaru?mmmm, kawan-kawan boleh la hayati sendiri lagu tu. Bahasa yang dicampuradukkan bukan??
Sebagai seorang yang peka terhadap isu bahasa, saya agak terkilan dengan kurangnya sensitiviti oleh segelintir penulis lirik kita yang gagal menghayati skop perlembagaan malaysia yang menyatakan bahawa bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan. Mengapa masih lagi merojakkan bahasa yang selama ini sudah indah didengar? mungkin masyarakat di luar sana tidak kisah dengan isu ini, tetapi sekiranya perkara ini dipandang mudah, lebih ramai lagi penulis lirik yang akan merojakkan bahasa. Diharapkan pihak yang terbabit mengambil langkah sewajarnya bagi membendung isu ini. Misalnya negara kita perlu mencontohi negara korea kerana mereka akan GAM lagu yang mencampuradukkan bahasa ibunda mereka. Hal ini bukan sahaja dapat membendung masalah bahasa, malahan tidak memudaratkan para remaja mengikut setiap bait-bait lagu yang penggunaan bahasanya yang salah.
Berikan jawapan
Aku tak ingin tak perlu aku damping
Berikan jawapan
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Pagi tadi sempat saya membuka siaran radio, radio apa entah, saya kurang peka sikit pasal radio-radio ni. Al-maklum la masa tiada kelas je berkesempatan dengar radio..!!! tiba-tiba saya terdengar lagu yang saya letakkan liriknya di atas. boleh dikatakan lagu tersebut merupakan lagu baru yang dinyanyikan oleh awi rafael yang dahulunya digosip dengan shila amzah. Pada zahirnya, lagu ini memang sedap didengar, namun begitu bahasa yang digunakan agak bercelaru. kenapa bercelaru?mmmm, kawan-kawan boleh la hayati sendiri lagu tu. Bahasa yang dicampuradukkan bukan??
Sebagai seorang yang peka terhadap isu bahasa, saya agak terkilan dengan kurangnya sensitiviti oleh segelintir penulis lirik kita yang gagal menghayati skop perlembagaan malaysia yang menyatakan bahawa bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan. Mengapa masih lagi merojakkan bahasa yang selama ini sudah indah didengar? mungkin masyarakat di luar sana tidak kisah dengan isu ini, tetapi sekiranya perkara ini dipandang mudah, lebih ramai lagi penulis lirik yang akan merojakkan bahasa. Diharapkan pihak yang terbabit mengambil langkah sewajarnya bagi membendung isu ini. Misalnya negara kita perlu mencontohi negara korea kerana mereka akan GAM lagu yang mencampuradukkan bahasa ibunda mereka. Hal ini bukan sahaja dapat membendung masalah bahasa, malahan tidak memudaratkan para remaja mengikut setiap bait-bait lagu yang penggunaan bahasanya yang salah.
Thursday, 15 March 2012
ENTRI 9: Ragam Bahasa
SELALU...???
Apa yang anda faham dengan perkataan tersebut? kebiasaanya perkataan selalu ini bermaksud sentiasa. Menurut kamus dewan edisi keempat, "selalu" membawa maksud sentiasa, selamanya dan sepanjang masa. Semasa menghadiri kelas karya agung melayu, pensyarah telah membangkitkan satu isu di mana makna perkataan "selalu" mengikut negeri kelantan dan negeri-negeri lain seperti selangor, perak, kuala lumpur dan sebagainya adalah berbeza. Penggunaan perkataan "selalu" oleh penduduk negeri kelantan adalah merujuk kepada makna yang menunjukkan pada masa sekarang manakala negeri-negeri lain merujuk kepada makna yang menunjukkan perkataan "sentiasa atau kerap kali".
Memang tidak dapat dinafikan pada zahirnya penggunaan perkataan "selalu' ini tidak nampak begitu ketara kepada orang yang tidak memahaminya. Namun begitu, penggunaan perkataan ini juga mungkin akan menyebabkan salah faham antara individu dengan individu yang lain. Di samping itu, perkataan selalu ini juga jarang digunakan oleh penduduk di negeri Terengganu. Hal ini demikian kerana, perkataan "selalu" digantikan dengan perkataan "sokmo" yang menunjukkan makna yang sama iaitu sentiasa dan sepanjang masa. Walaupun berbeza sebutan tetapi maknanya tetap sama.
Memang tidak dapat dinafikan pada zahirnya penggunaan perkataan "selalu' ini tidak nampak begitu ketara kepada orang yang tidak memahaminya. Namun begitu, penggunaan perkataan ini juga mungkin akan menyebabkan salah faham antara individu dengan individu yang lain. Di samping itu, perkataan selalu ini juga jarang digunakan oleh penduduk di negeri Terengganu. Hal ini demikian kerana, perkataan "selalu" digantikan dengan perkataan "sokmo" yang menunjukkan makna yang sama iaitu sentiasa dan sepanjang masa. Walaupun berbeza sebutan tetapi maknanya tetap sama.
Wednesday, 14 March 2012
ENTRI 8: Peribahasa dan Maknanya
Peribahasa menyerikan sebarang bahasa dan memberikan nafas baru kepada bahasa sebagai alat perhubungan yang dinamis. peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan yang istimewa, bukan sekadar memperkaya khazanah bahasa, bahkan lebih penting daripada itu iaitu dengan memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan sebagainya. oleh itu, ketertinggian peribahasa dalam bahasa dan bangsa telah membawa kepada lambakan pelbagai definisi.
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan oleh orang melayu untuk menyatakan sesuatu perkara yang berupa kata-kata kiasan atau sindiran. peribahasa juga merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu dan maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asalnya. berdasarkan definisi tersebut dapatlah dijelaskan bahawa sesuatu peribahasa itu berupaya mendukung maksud yang tertentu.
Hal ini dapat dilihat melalui cotoh peribahasa berikut:
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud pantun tersebut pada tersiratnya ialah kiasan yang mengandungi kata-kata sindiran yang bermaksud untuk memberi perangsang kepada orang yang lemah, tetapi ingin mengerjakan sesuatu pekerjayaan yang merbahaya. manakala maksud tersurat pula ialah janganlah mendirikan rumah atau tinggal di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Tuesday, 13 March 2012
ENTRI 7: Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja
Remaja kini memandang enteng terhadap kepentingan bahasa melayu. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan perkataan yang kurang sopan, yang lebih tepat lagi bahasa kasar dalam perbualan seharian. sebelum mengulas lebih lanjut berkaitan kesantunan bahasa dalam kalangan remaja, mari kita lihat definisi bahasa dalam konteks kamus dewan. Menurut kamus dewan, bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia di antara seorang individu dengan
individu yang lain dan sebagainya. manakala bahasa kurang sopan atau bahasa kasar pula ialah bahasa yang digunakan untuk percakapan atau tulisan
yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya.
Berikut merupakan contoh ayat yang biasa digunakan oleh remaja :
“weiii.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama
‘giler’..atuk aku jalan pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak
korang bayar aku untuk tunggu korang ke?”
kemungkinan remaja sendiri kadangkala tidak meneliti bahasa yang
mereka gunakan dalam percakapan seharian. Remaja bertutur
sedemikian rupa dengan sengaja bagi menggambarkan identiti atau
penampilan diri remaja. Namun demikian, remaja harus sedar bahawa keperibadian
diri mereka tergambar melalui cara bagaimana mereka berkomunikasi dengan
orang lain.
Bersopan santun dalam berbicara dalam kalangan remaja merupakan aspek
yang menarik untuk dikaji dari pelbagai perspektif. Kesantunan bahasa
ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat
dilihat dalam interaksi antara dua atau lebih pihak yang berkomunikasi. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata,
tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan penuturnya. Melalui
bahasa, kita dapat menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita. Jadi, kepada para remaja, jagalah percakapan dan gunalah bahasa yang sopan didengar supaya orang sekeliling memandang tinggi terhadap diri kita.
Monday, 12 March 2012
ENTRI 6: BARU @ BAHARU ???
Sejak belakangan ini, banyak iklan di televisyen Malaysia menggunakan istilah ‘baharu’ dan dalam masa sama ada yang masih menggunakan ’baru‘. Semua ini disebabkan ada sesetengah pihak berpendapat bahawa istilah ‘baru’ ialah singkatan. Jadi, jika ‘baru’ ialah singkatan kenapa istilah ‘saya’ tidak ditukar kepada ‘sahaya’? Hal ini kerana ‘saya’ sebenarnya berasal daripada ‘sahaya. Berbalik kepada istilah ‘baru’, sebenarnya ia tidak ditunjukkan dalam Kamus Dewan sebagai satu kependekan(singkatan).
Satu lagi sebab ialah kemungkinan Munsyi DBP berhasrat untuk
membezakan ‘baru’ antara Adjektif(kata adjektif) dengan Kata Bantu
Aspek(Masa). Hal Ini tidak seharusnya menjadi sebab untuk menafikan istilah ‘baru’
dan menukarnya kepada ‘baharu’. Oleh itu, diharapkan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang mudah
digunakan dalam menimba atau mengajar pelbagai bidang ilmu. Untuk kekal
sebagai bahasa ilmu, semua istilah Bahasa Melayu perlu mudah diingati
kerana yang panjang berjela-jela biasanya sukar diingati.
Friday, 9 March 2012
ENTRI 5: Apabila Bahasa Melayu diajar oleh guru "dialek"
Saya tertarik untuk menulis satu entri yang bertajuk "Apabila Bahasa Melayu Diajar oleh Guru Dialek". sebelum berbicara dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui definisi dialek menurut kamus dewan terlebih dahulu. Menurut kamus dewan, dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh
sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat
daerah (negeri dan lain-lain). Biarpun
banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu di Malaysia, generasi muda
kini khususnya sebilangan pendidik semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding
dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada
pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
Walaupun semakin ramai para pendidik menggunakan bahasa melayu baku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, ada juga segelintir pendidik ini lebih suka menggunakan dialek mereka sendiri semasa berada di sekolah. Tidak menjadi kesalahan menuturkan dialek semasa di sekolah tetapi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru terbabit perlulah menggunakan bahasa melayu dengan betul. Hal ini demikian kerana dengan pengunaan bahasa melayu yang betul para pelajar dapat memahami nahu bahasa dengan baik di samping menguasai intonasi suara dengan baik. Sehubungan itu, pihak yang berwajib perlulah mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah ini.
Thursday, 8 March 2012
ENTRI 4: Bahasa Rojak di Papan Tanda
Berdasarkan pemerhatian saya, didapati penggunaan bahasa rojak bukan sahaja melalui komunikasi seharian masyarakat, ianya juga turut menular di papan-papan tanda petunjuk arah serta pada bangunan. Gambar di atas menunjukkan contoh penggunaan bahasa rojak di papan tanda. Penyalahgunaan bahasa melayu di papan tanda dan penggunaan bahasa rojak ini memberi kesan yang sangat besar terhadap kedaulatan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Pencemaran bahasa yang melanggar semangat bahasa rasmi memerlukan satu
mekanisme yang khusus supaya cita-cita murni Perdana Menteri ke arah
1Malaysia tidak hanya retorik semata-mata.
Penyalahgunaan bahasa rojak di papan-papan tanda perlu diambil tindakan yang
sesuai. Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara perlu mengalami
lonjakan jauh dan pantas untuk merealisasikan konsep 1Malaysia. Pihak yang terbabit khususnya pihak Kerajaan Tempatan mestilah menyeragamkan semua peruntukan undang-undang berkaitan Pihak berkuasa tempatan mengenai dasar Bahasa Kebangsaan supaya selaras dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan untuk dapat mengawal semua penamaan jalanraya dan bangunan serta pengiklanan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutama bagi pemaparan di khalayak awam termasuk oleh pihak swasta.
Wednesday, 7 March 2012
ENTRI 3: Bahasa Singkatan
Apabila berbicara tentang
bahasa, saya tertarik untuk memberi satu situasi di mana penggunaan bahasa singkatan
yang kini semakin luas digunakan oleh masayakat lebih-lebih lagi para remaja.
sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahasa singkatan menjadi topik utama
perbualan orang ramai. Berikut merupakan
perkataan singkatan yang biasa digunakan oleh para remaja pada masa kini:
- Apa cer?
- lawak ke, der?
- bai, lu nak makan apa?
Mengambil istilah yang
agak 'in' di kalangan muda-mudi masa kini , perkataan "der" yang membawa definisi "brader"
atau dalam bahasa inggerisnya 'brother". Perkataan singkatan tersebut
ibarat sudah lembut dengan lidah remaja.
Secara kesimpulannya, Pengaruh bahasa Inggeris dalam berbahasa
masyarakat Melayu jelas ketara. Mereka menggunakan bahasa yang bercampur antara
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang dikatakan sebagai bahasa rojak.
Berbahasa selain bahasa Melayu merupakan suatu keperluan, tetapi sekiranya kita
hendak berbahasa lain seperti berbahasa Inggeris seharusnya menggunakan bahasa
tersebut dengan betul. Janganlah kita mencampuradukkan bahasa tersebut sehingga
tiada unsur keindahan di dalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)