Bahasa bukan sahaja boleh dilihat dan didengar melalui pertuturan tetapi
bahasa juga boleh difahami melalui lenggok tubuh badan dan bunyi. Hal
ini dikatakan sebagai bahasa isyarat. Contohnya :
Melambai tangan ke arah teksi atau bas = menandakan seseorang mahu menaiki bas atau teksi tersebut
Bunyi ketukan pintu = menandakan seseorang yang mendapatkan izin untuk masuk ke bilik atau rumah seseorang
Meletakkan jari telunjuk di bibir = seseorang yang mahukan orang lain untuk senyap
Jelingan
atau menjeling = menunjukkan seseorang yang meluat, menyampah atau
menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap orang yang dijelingnya.
Bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan orang yang bisu
isyarat 'OK' |
Setiap
orang menggunakan pelbagai cara untuk mengungkapkan bahasa mereka.
Dalam komunikasi, bahasa lenggok tubuh badan dan bunyi juga dikatakan
sebagai salah satu bahasa yang boleh kita ungkapkan. Hal ini demikian
kerana, bahasa seperti ini membawa maksud yang tersendiri seperti contoh
yang diberikan di atas. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa
isyarat. Kadangkala penggunaan bahasa isyarat ini lebih berkesan dalam
sesuatu komunikasi.
No comments:
Post a Comment