Senyum
memang nampak mudah tapi sukar dilakukan oleh masyarakat kini
seolah-olah terdapat emas di dalam mulut. Saya sebenarnya agak kecewa
kerana terdapat sesetengah masyarakat kini tidak tahu yang sebenarnya
senyum itu juga salah satu cara kita berbudi bahasa. Senyum itu juga
merupakan satu sedekah yang paling mudah dan mampu menjalinkan hubungan
yang lebih erat sesama masyarakat.
SENYUM.....tak
perlu kata apa-apa. Alangkah indahnya jika masyarakat kini mengamalkan
amalan senyum seperti di dalam gambar ini. Sekiranya seseorang berbuat
kebaikan kepada kita, cukuplah sekadar senyuman yang dilemparkan dan itu
sudah memadai sebagai ucapan terima kasih dan tanda dihargai.
Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan ketinggian budi
bahasa dan adab yang sopan kini nampaknya semakin pudar. Bersama-samalah
kita memartabatkan budaya kesopanan kita agar tidak hilang ditelan
waktu.
P/S: " jika anda boleh senyum pada kehidupan, kehidupan akan senyum pada anda "
No comments:
Post a Comment