" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Thursday 19 April 2012

ENTRI 29: Laskar Pelangi

filem laskar pelangi




Hari ini negeri perak cuti sempena hari Keputeraan Sultan Perak. Masa cuti ini saya luangkan untuk membuat kerja yang tergendala. seharian suntuk menghadap "laptop" bagi menyiapkan tugasan karya agung. Disebabkan terlalu asyik membuat tugasan karya agung, saya terlupa untuk mengemaskini blog sosiolinguistik untuk hari ini...Hmmm, untuk entri ke-29 ini, saya ingin berbicara sedikit mengenai nilai dan falsafah yang terdapat dalam filem laskar pelangi. filem ini ada kaitannya dengan tugasan karya agung saya. filem ini sangat sesuai ditonton oleh masyarakat kita terutamanya pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, banyak mesej yang terkandung dalam filem ini yang dapat diambil oleh para penonton.

saya sangat suka menonton filem ini kerana =)

  • filem ini sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada diri saya. hal ini demikian kerana, walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan, mereka tetap mempunyai semangat untuk belajar.
  • semangat setia kawan iaitu susah senang mereka sentiasa bersama
  • bahasa yang digunakan dalam filem ini banyak menggunakan bahasa melayu baku. mudah untuk difahami jalan ceritanya.
  • pengorbanan dalam menuntut ilmu di mana salah seorang pelajar terpaksa lalu di kawasan buaya lepak, dan menunggu buaya-buaya tersebut masuk ke dalam air semata-mata ingin menuntut ilmu.
  • menghormati orang yang lebih tua. pelajar-pelajar sentiasa menghormati gurunya dan sentiasa mendengar apa yang dinasihati oleh gurunya
Dalam Laskar Pelangi, falsafah yang cuba ditonjolkan ialah keseediaan untuk menyumbangkan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Falsafah ini dapat dikesan melalui syarahan Pak Harfan kepada murid-muridnya, iaitu:

“...dan ingat, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...”

oleh itu, kita sebagai seorang pelajar yang memperoleh banyak kemudahan perlulah berasa bersyukur dengan kemudahan yang diperoleh dan sentiasa mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. kita juga perlulah sentiasa menghormati orang guru-guru, pensyarah yang mencurahkan ilmu kepada kita di samping sentiasa bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

semangat untuk menuntut ilmu
 

murid yang sentiasa berfikiran kreatif      

semangat setia kawan yang tinggi


p/s: kedaifan yang melanda kehidupan bukan penghalang untuk seseorang itu menuntut ilmu. walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka masih lagi mengamalkan nilai-nilai insan seperti bekerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati dan sebaginya.

No comments:

Post a Comment