Hari
ini saya terbaca sebuah blog yang menceritakan perihal penggunaan bahasa
rempit. Sebenarnya juga, ini baru pertama kali saya mendengar bahasa
rempit. Jadi, untuk menjelaskan kekeliruanku itu, saya membaca kisah yang
ditulis oleh penulis blog tersebut. Mengikut tuan punya blog itu,
bahasa rempit adalah seperti ejaan yang dieja berlainan daripada
ejaan asal seperti ‘lew’, ‘kew’, ‘jew’, ‘niew’, ‘kitew’ dan banyak lagi.
Dewasa
kini, penggunaan bahasa sebegitu semakin merebak, terutamanya dalam
kalangan remaja. Mereka berpendapat, penggunaan bahasa seperti itu
menunjukkan diri mereka lebih hebat dan tidak terkongkong dengan bahasa
Melayu. Sudah terang-terangan bahawa bahasa itu melambangkan identiti
kita. Jika rosak bahasa yang kita gunakan, maka bangsa juga akan rosak.
Janganlah kita mencemarkan bahasa Melayu kerana diri kita juga adalah
orang Melayu yang penuh dengan budaya yang sopan dan berhemah.
Masyarakat perlu tahu bahawa sopan dan berhemah bukan sahaja ditonjolkan
oleh perbuatan, tetapi dapat ditonjolkan melalui percakapan dan
penggunaan bahasa harian kita. Justeru, marilah kita bersama-sama
memartabatkan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment