Kini,
lebih ramai masyarakat yang cenderung untuk menggunakan perkataan
'Salam' sebagai ganti kepada ucapan 'Assalamualaikum'. Sebelum ini saya
juga termasuk salah seorang daripada kalangan yang menggunakan perkataan
'Salam' tersebut. namun, setelah mendengar penjelasan menerusi Radio
Intitut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM, saya dapat memahami dengan
jelas maksud di sebalik perkataan 'Salam' tersebut.
Menurut Ustaz Zawawi, maksud bagi perkataan 'Salam' ialah (Selamat Tinggal). Ustaz
Zawawi juga ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara
yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut
ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan
lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda
dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi
wabarakatuh”. Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab
salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak
tepat. Jawab salam yang betul ialah “Waalaikumus salam” dan bukannya
yang selalu saya dengar iaitu “Waalaikum salam”. Manakala, apabila kita
ingin berkirim salam pada orang lain pula, kita hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada A” bukannya “Kirim salam pada
A” tanpa menyebut ucapan 'assalamualaikum' tersebut.
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”
dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika
perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang
Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam
Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U
Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Dalam pada itu juga, kita dilarang menggunakan perkataan “Semekom”
kerana “Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “ As Salam”
sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
No comments:
Post a Comment