Bapa saudara Malik dan Malik saling berbalas mesej melalui telefon bimbit (sistem pesanan ringkas)
Bapa saudara : salam Malik.ko sihat?
Malik : chat pakcik.pakcik uat pe?
Bapa saudara : ha?chat?ape tu?ko cakap ape ni Malik?pakcik x paham.
Antara bahasa singkatan yang sering saya dan mungkin anda-anda semua gunakan dalam sistem pesanan ringkas (SMS) :
Semua sume
Kalau klu
Buat wat/uat
Tengah ng/ngah
Macam itu camtu/cam 2
Apa ap/apew
Sahaja je/jer/jep
Lepas itu pastu/pas 2
Macam mana camne/camner
Tanpa
kita sedari bahasa sistem pesanan ringkas sedikit demi sedikit telah
mencemarkan bahasa Melayu kita sendiri. Kadangkala terdapat perkataan
yang langsung tidak dapat difahami kerana penggunaan singkatan mungkin
telah mengubah maksud atau menggunakan ejaan yang sukar untuk
ditafsirkan.Seperti situasi di atas, tidak semua orang boleh memahami
singkatan yang kita gunakan untuk sistem pesanan ringkas.Perkara ini
boleh menimbulkan kekeliruan dan mungkin akan menimbulkan salah faham
antara satu sama lain.Pada pendapat saya,penggunaan singkatan dalam SMS
ini mempunyai baik dan buruknya.Salah satu kebaikannya kita dapat menaip
mesej dengan pantas.Walau bagaimanapun,kita juga harus memikirkan
penggunaan bahasa tersebut sama ada boleh difahami atau berlakunya
kerosakan bahasa.Oleh yang demikian,terpulang kepada individu untuk
menilai dan menggunakan bahasa yang bersesuaian untuk bahasa SMS
ini.
No comments:
Post a Comment