Situasi
seterusnya berkaitan dengan anak saudara saya iaitu Arsyad. Walaupun
umurnya sudah menjangkau 4 tahun namun percakapannya masih lagi pelat.
Namun begitu, dia seorang yang suka bertanya. Semasa kami ke pasar malam,mulutnya tidak berhenti-henti bertanyakan itu dan ini:
“ Ape ni ibu?’
‘bakpo.. ibu bagi die duit?”
“ibu beli gapo?”
“bu, ayah nak gi mano?”...adik nak itot”
Bermacam-macam
perkara lagi yang sering ditanya olehnya. Sememangnya kita sebagai
orang yang tua daripada mereka perlu melayan setiap pertanyaan kerana
hal ini dapat menambahkan pengetahuan dan kosa kata kanak-kanak
tersebut. Selain itu, kita seharusnya bercakap dengan kanak-kanak yang
pelat ini dengan menggunakan perkataan yang penuh dan bukannya mengikut
cara kanak-kanak itu bercakap. Hal ini demikian akan menyebabkan kanak-kanak
tersebut lambat untuk bercakap dengan betul. Oleh itu, sekiranya kita
mempunyai anak saudara atau anak sendiri sekalipun janganlah kita
mengikut mereka bercakap pelat kerana akan menyebabkan mereka tidak
belajar untuk bercakap secara betul. Sikap sering bertanya ini akan
berterusan sehingga kita dewasa dan seharusnya kita menggalakkan mereka
untuk bertanya sesuatu yang mereka tidak tahu. Oleh itu, gunakanlah
bahasa Melayu yang betul sebutannya terhadap kanak-kanak supaya kosa
kata dalam otak mereka bertambah.
No comments:
Post a Comment