Bahasa tempelak adalah bahasa yang menggunakan
kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan
keburukan atau kesalahan orang tertentu. Menurut Za’ba, bahasa tempelak
disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah keras kepada orang yang
tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini
akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada awalnya.
Contoh situasi: Apabila seorang adik ingin
meminta duit belanja daripada abangnya selepas kehabisan duit akibat
boros berbelanja. Abangnya mungkin akan menempelak dengan menggunakan
ayat berikut;
“Itulah waktu duit masuk, kau tak beringat untuk menyimpan. Sekarang apa dah jadi? Duit sudah habis, apa yang kau hendak makan?”
Bahasa tempelak kadang-kadang digunakan
oleh masyarakat untuk menyedarkan seseorang supaya tidak melakukan
kesilapan. Sebagai manusia biasa, apabila ditegur dengan cara yang lemah
lembut mereka kadang-kadang tidak mengambil peduli. Apabila ditegur
dengan cara yang kasar seperti ini barulah mereka sedar dan mengambil
peduli mengenainya.
No comments:
Post a Comment