Setelah
beberapa hari tidak menulis di blog ini, begitu banyak situasi yang
ingin saya ceritakan yang berlaku di sekeliling saya pada setiap hari.
Situasi ini berlaku semasa saya ingin membayar setelah membeli makanan
di sebuah kedai. Apa yang ingin saya ceritakan adalah sikap segelintir manusia yang kurang beradab.
Hal
ini kerana semasa ingin membuat pembayaran di kedai makan tersebut
pelanggan akan beratur tetapi tiba-tiba datang seorang perempuan terus
meluru ke kaunter pembayaran tanpa melihat saya dan beberapa rakan yang
sedang beratur untuk membayar.
Perempuan tersebut terus membuat pembayaran tanpa menghiraukan kami serta langsung tidak menunjukkan wajah yang manis iaitu tiada senyuman dan kata-kata maaf kerana telah memotong barisan. Sikapnya tersebut menunjukkan betapa rendahnya pengetahuan tentang adab berbahasa. Bagi saya sekiranya kita berada dalam keadaan kecemasan dan perlu membuat pembayaran seharusnya dia perlu meminta izin daripada kami yang terlebih awal tiba di kaunter tersebut. Namun keadaan sebaliknya berlaku.
Bagi saya juga, sekiranya kita tahu berbahasa dan beradap perkara tersebut tidak akan berlaku. Seolah-olah dia sahaja yang berada dikedai tersebut. Pengajaran daripada situasi ini adalah kita harus tahu berbahasa dengan baik dan beradap sopan.
No comments:
Post a Comment