Nak ambil peduli setiap kata- kata dari orang harus di tapis dulu baik
& buruknya. Kata-kata berunsur nasihat, semangat & yang
membawa kearah kecermelangan hidup tu bolehlah diterima tetapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa &
kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja. Memang lumrah manusia berperangai sedemikian. Hari ini saya berkesempatan untuk menulis satu entri yang bertajuk 'berlagak'. Apa yang boleh anda tafsir dengan perkataan ini?? berlagak biasanya boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang mempunyai 'angin tinggi' atau seseorang yang bermegah-megah dengan status yang dimiliki. Manusia diciptakan mempunyai perangai yang berbeza-beza, ada yang berperwatakan sederhana dan ada juga yang berperwatakan tinggi. kebiasaanya kebanyakan orang yang berperwatakan tinggi ini "berlagak". mungkin dengan status yang dimiliki telah membuatkan diri mereka berasa megah. cara berkomunikasi dengan masyarakat juga menampakkan mereka ini bermegah dengan apa yang dimilikinya. mereka banyak menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi. Ada juga orang yang berperwatakan sederhana ini berlagak. mungkin untuk menunjuk-nunjuk di khalayak ramai sahaja tetapi hakikatnya sebaliknya.
" Hidup tanpa bahasa umpama rumah tanpa atap..cintai bahasa kita..Bahasa Jiwa Bangsa "
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
ENTRI 19: MENCARUT ATAU DICARUT???
Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran
kata-kata kesat. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak
membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah
mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya. Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang
ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab,
dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.
Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya
dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu
mempunyai ibu bapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya
disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, berasal
dari keturunan tidak baik, dan lain-lain.
P/s: Buruk nampaknya orang lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut
Wednesday, 28 March 2012
ENTRI 18: Realiti Bahasa
Bahasa melayu bukanlah bahasa utama yang digunakan di Malaysia. Kedudukannya sebagai bahasa rasmi tidak bermakna ia adalah bahasa komunikasi sesama raktat Malaysia. Hari ini orang ramai lebih gemar berbahasa inggeris atau mencampurkan bahasa inggeris dengan bahasa ibunda dalam percakapan dan penulisan. Bahasa rojak itu mungkin boleh berlaku. contohnya 'SUREHEBOH' kini menjadi 'Jom Heboh', 'Saluran Infotainmen Anda' sudah menjadi 'Saluran Inforia Anda'. Sudah banyak pendekatan yang dilakukan oleh pihak yang berwajib terhadap isu bahasa ini sama ada isu bahasa slanga, bahasa rojak dan sebagainya. Pihak Kementerian yang dipertanggungjawabkan memperkasakan semula bahasa melayu ialah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Di samping iut, beberapa buah agensi lain juga turut berperanan mengembleng tenaga untuk memperkasakan bahasa melayu sesuai dengan martabat statusnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.Pihak media elektronik juga dikatakan turut sama dengan tidak lagi
membenarkan bahasa rojak digunakan dalam siarannya. Pendeknya apa yang berlaku
semacam ada perubahan pendirian pucuk pimpinan negara terhadap bahasa Melayu.
Tuesday, 27 March 2012
ENTRI 17: Ungkapan Terima Kasih @ Thanks
Budaya melafazkan ucapan terima kasih menjadi satu amalan dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak sukar sebenarnya
untuk melafazkannya tapi lihatlah berapa ramai yang
mengungkapkannya, malah saya akui kadang-kadang kita terlupa untuk
mengucapnya hatta dengan keluarga sendiri. Ungkapan yang dianggap mudah tapi sebenarnya amat sukar untuk
diluahkan seolah-olah lidah ini kelu untuk menyatakannya. Inilah
yang ingin diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah .Malah kalau dilihat
apabila mereka menerima sesuatu amat sukar untuk mereka menyebut 'terima
kasih' dan kami sering mengingatkan mereka untuk menyebutnya. Masyarakat juga lebih terdorong untuk mengucap 'thanks" berbanding ucapan 'terima kasih". Hal ini demikian kerana dengan ucapan thanks, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk menyebutnya berbanding berterima kasih di samping untuk menjaga status masing-masing.
![]() | ||||||
| ucapan "terima kasih" |
ucapan terima kasih dan thanks sememangnya mempunyai maksud yang sama iaitu memberi penghargaan kepada seseorang di atas perkara yang telah dilakukan sama ada secara tersurat atau tersirat. Agama islam menyarankan supaya umatnya sentiasa berterima kasih kepada orang lain. Tidak salah sekiranya masyarakat ingin menggunakan "thanks" tetapi perlulah mengikut situasi atau keadaan. Tidakkah kita berasa janggal sekiranya ucapan "thanks' itu diberikan kepada orang yang lebih tua dari kita. seeloknya ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti dibibir supaya orang tidak beranggapan yang bukan-bukan terhadap diri kita.
Monday, 26 March 2012
ENTRI 16: Perbezaan Bahasa Melayu Standard dengan Dialek Terengganu...
Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa
tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat
bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu
dan berlainan daripada bentuk standard baik dari segi sebutan, tatabahasa dan
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar
untuk dianggap sebagai satu bahasa yang
lain (Abdul Hamid Mahmood 1994).
Dialek Terengganu mempunyai tujuh fonem vokal,
iaitu i, ĕ, e, ȇ, a, u, ȏ kecuali ĕ, semua vokal-vokal itu boleh menepati
lingkungan awal, tengah dan akhir kata. Vokal ĕ tidak menepati lingkungan akhir kata, iaitu sebelum kesenyapan.
Oleh hal yang demikian, akhir kata a dalam ejaan diucapkan sebagai ĕ dalam dialek Terengganu. Gaya
percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan.
Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek
Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran
dengan ‘n’. Contoh:
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Makan Makang
Ikan Ikang
Bukan Bukang
Badan Badang
Pun Pung
Zapin Zaping
Kemaman (nama daerah) Kemamang
Jalan Jalang
Hujan Hujang
Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Apa Apěě
Mana Maněě
Ada Aděě
Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Ejaan Standard Dialek Terengganu
Jumpa Jupěě
Sampai Sapaa
Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:
BM Standard Dialek Terengganu
Duit Pitih
Selalu Sokmo
Tampal Tepek
Tipu Nawok
Terdapat
juga beberapa perkataan utama untuk menggambarkan rasa dalam dialek Terengganu dan
perkataan-perkataan tersebut adalah tawar,
pahit, kelat, masam, manis, pedas, masin, payau (rasa seperti air sungai), hayai (rasa antara tawar dan manis), manis, lemak dan sebagainya.
Dari perkataan-perkataan ini, hanya tujuh perkataan sahaja yang merujuk kepada
rasa asas iaitu tawar, pahit, masam, manis, masin, pedas dan lemak. Rasa yang dirujuk oleh perkataan
kelat menggambarkan peleburan dua
jenis rasa, iaitu pahit dan masam. Demikian juga payau yang memperlihatkan perkembangan
dari rasa tawar ke rasa masin digabungkan dengan kelat, sedangkan hayai menunjukkan perkembangan dari manis ke tawar dan
sebagaianya. Jadual tersebut menunjukkan konsep rasa yang dituturkan dalam
bahasa melayu standard daan dialek Terengganu.
Bil
|
Bahasa Melayu Standard
|
Dialek Terengganu
|
1.
|
Tawar
|
Tawǒ
|
2.
|
Pahit
|
Pahit
|
3.
|
Kelat
|
Kelat
|
4.
|
Manis
|
Manih
|
5.
|
Pedas
|
Pĕdah
|
6.
|
Masin
|
Masin
|
7.
|
Lemak
|
Lĕmǒk
|
8.
|
Payau
|
payǒ
|
Darjat
kesangatan pada kata sifat tidak hanya didukung oleh pola-pola nahu yang ada
tetapi juga oleh kolokasi dengan kata-kata lain, seperti berikut:
1.
|
Masam rebang
|
Sangat masam
|
2.
|
Manis leting
|
Sangat manis
|
3.
|
Pahit lepang
|
Sangat pahit
|
4.
|
Masin rebing
|
Sangat masin
|
5.
|
Tawar heber
|
Sangat tawar
|
Secara kesimpulannya, terdapat perbezaan antara
satu dialek dengan dialek lain. Sebenarnya faktor perbezaan penggunaan dialek
di setiap negeri dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya adalah faktor
geografi, budaya, persekitaran, penjajahan, perdagangan sosial dan sejarah
negeri tersebut. Walau bagaimanapun dialek Terengganu ini masih lagi digunakan
sehingga ke hari ini walaupun masyarakat pada masa kini semakin maju dalam
mengejar arus kemodenan negara. Dalam sistem pendidikan, penggunaan sistem
Bahasa Melayu Standard lebih dititikberatkan selaras dengan penggunaan bahasa
kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Sebagai guru, kita haruslah menggalakkan
pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa bertutur. Sokongan dan
bantuan mestilah diberikan kepada pelajar supaya mereka berasa yakin untuk
menggunakan Bahasa Melayu Standard di sekolah mahupun di luar bilik darjah.
Selain itu juga, guru juga mestilah menggunakan Bahasa Melayu Standard semasa
menyampaikan pengajaran dan elakkan menggunakan dialek di sekolah. Dengan itu,
penguasaan penggunaan Bahasa Melayu Standard akan dapat dipertingkatkan.
BAHASA MELAYU STANDARD
VS
DIALEK TERENGGANU
Friday, 23 March 2012
ENTRI 15: Ragam Bahasa di "Facebook"
Meneliti ragam bahasa di Facebook memerlukan suatu ketelitian yang terperinci. Hal ini demikian kerana, ragam bahasa di Facebook adalah ragam bahasa yang kompleks.Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook telah ‘mengancam’ penggunaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan masyarakat hari ini. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata
penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa
sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung dalam kalangan
pengguna laman web sosial.
Thursday, 22 March 2012
ENTRI 14: BAHASA SLANGA
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'slanga'?. Ada yang menyatakan bahawa slanga ialah dialek, ada yang mengaitkan
slanga dengan cara pertuturan dan ada juga yang menyatakan slanga sebagai bahasa
mesra. Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata,
ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau
bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Slanga merupakan kosa
kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara
umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh
golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi
sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya :
mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound
Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu. Penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan sejak negara berada dalam arus kemodenan. Seingat saya, perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para remaja pada masa kini. Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.
Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang pening juga kepala saya memikirkan maksud perkataan cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
![]() | ||||
| contoh pengunaan bahasa slanga |
Selain itu, penggunaan bahasa slanga sudah menjadi gaya
hidup ‘wajib’ golongan muda untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti
perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa Melayu
baku dianggap sebagai skema dan ketinggalan zaman. Saya ralat
melihat tidak ramai yang sedar bahawa penggunaan bahasa slanga
generasi muda itu sebenarnya memperkecilkan bahasa Melayu yang pada
asasnya memberi gambaran betapa merosotnya bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan yang sudah perakukan kedudukannya dalam Perlembagaan
Persekutuan.
p/s: BAHASA CERMINAN BUDAYA BANGSA
Subscribe to:
Posts (Atom)






