Hari
ini saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan ikrar Rukun Negara kita
yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kita sedia maklum bahawa
ikrar tersebut mengajak kita supaya sentiasa bersopan-santun tidak kira
di dalam perbuatan atau percakapan. Sebagai masyarakat Timur, kita
tentulah sudah diasuh untuk sentiasa berlemah-lembut dan menjaga
kesopanan kita agar tidak dipandang enteng oleh masyarakat lain.
Berkenaan
ikrar tersebut juga, saya mempunyai satu cerita berkenaan sesuatu yang
pernah saya alami. Pertama, situasi ini berlaku di rumah saya. Rumah
sewa yang saya diami ini dihuni juga oleh pelajar junior. Perbezaan umur
di antara kami ini membuatkan mereka menjadi lebih hormat kepada saya
dan kawan-kawan yang lain. Setiap tutur kata yang dikeluarkan sentiasa
kelihatan sopan dan mereka membahasakan diri saya sebagai 'kakak' dan
mereka tidak pernah meninggikan suara kepada saya. Malah, dalam pelbagai
hal yang berkaitan rumah, kami sentiasa menjadi rujukan mereka dan ini
dapat dilihat bahawa mereka lebih mengutamakan yang lebih dewasa.
Perihal kesopanan ini jelas dilihat dalam diri mereka.
Tetapi
berbeza pula dengan seorang rakan saya yang sebaya juga dengan saya.
Apabila berlaku perselisihan faham, dia selalu menggunakan
perkataan-perkataan yang kesat dan tidak sopan seolah-seolah perkataan
tersebut sudah terbiasa meniti dibibirnya. Hal ini demikian ditambahkan lagi
apabila dia suka mengepos sesuatu yang dia rasakan tidak di matanya di
laman sosial. Hal ini menampakkan dirinya yang cepat melatah dan tidak
rasional. Di laman sosialnya juga kita dapat lihat setiap bentuk dan
jenis penulisannya yang agak teruk dan kasar dari segi
bahasanya. Sepatutnya kita tidak boleh menjadikan laman sosial sebagai
tempat untuk kita melepaskan amarah kita. Kita tentunya sudah sedia
maklum bahawa laman sosial milik kita itu akan menjadi santapan
pemilik-pemilik laman sosial yang lain. Jadi, fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment