keliru?situasi
ini bukanlah asing bagiku kerana ia sering berlaku dalam diriku
sendiri. Keliru yang saya maksudkan di sini berkaitan dengan kekeliruan
makna ataupun maksud sebenar yang ingin disampaikan ketika berlakunya
komunikasi antara dua pihak atau lebih. Keliru dalam menanggapi maksud
yang ingin disampaikan berlaku apabila satu pihak memberi makna yang
salah terhadap perkara yang ingin disampaikan oleh pihak yang lain. Hal
ini demikian terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya, pihak
yang berkomunikasi itu menggunakan bahasa pertuturan seharian yang agak
berlainan. Faktor ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dalam
menanggapi maksud yang ingin disampaikan dalam sesebuah
perbualan/komunikasi. Adalah penting bagi pihak yang ingin melakukan
sesebuah perbualan/komunikasi menyelidiki dan memahami latar belakang
orang yang ingin diajak untuk berbual/berkomunikasi agar perbualan yang
berlaku tidak menjadi sia-sia. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia
yang fasih berbahasa Melayu versi Malaysia berbual dengan seorang rakyat
Indonesia yang fasih berbahasa Melayu versi Indonesia. Walaupun
kedua-duanya fasih berbahasa Melayu, namun bahasa Melayu yang digunakan
oleh kedua-dua rakyat ini memiliki perbezaan, atau sesuai lagi jika
dikatakan serupa tetapi berbeza. Mungkin sebahagian maksud dapat
ditanggapi dengan betul, namun sebahagian lagi mungkin akan menimbulkan
kekeliruan maksud antara kedua-dua rakyat ini. Kekeliruan yang timbul
ini akan merosakkan kelancaran komunikasi yang dilaksanakan oleh mereka.
Oleh itu, berhati-hatilah sebelum anda memulakan bicara dengan
seseorang.
No comments:
Post a Comment