Hari
ini saya teringin untuk memperkata mengenai sesuatu yang mudah, tidak
rumit dan sesuatu hal yang remeh-temeh yang sentiasa berlaku di
sekeliling kita. Hal yang dimaksudkan tersebut ialah mengenai kata
panggilan dalam sesebuah keluarga. Dalam
keluarga, kita akan mempunyai nama panggilan tertentu, selain daripada
nama kita yang sebenar seperti yang tertera di atas kad pengenalan. Kata
panggilan ini juga berbeza susunannya mengikut negeri. Contoh kata
panggilan adalah seperti berikut:
-along
-angah
-achik
-teh
-itam
-uda
-ucu
-andak
-alang
Tetapi,
tidak semua kata panggilan itu digunakan dalam sesebuah keluarga.
Contohnya, kawan saya menggunakan nama panggilan tersebut dalam
keluarganya:
-along
-angah
-achik
-teh
-ucu
-uda
-alang
-adik
Bagi keluarga saya pula, kami lebih menekankan nama panggilan dalam keluarga kepada ahli keluarga perempuan. Contohnya:
kakak sulung: kak long
abang: abang jie
kakak: kak ngah
adik lelaki: adik bu, adik iwan
adik bongsu: adik
Manakala
bagi keluarga ibu saudara saya pula, dia lebih menekankan nama
panggilan dalam keluarga kepada ahli keluarga lelaki sahaja. Contohnya:
-abang long
-abang ngah
-abang chik
Tetapi
bagi ahli keluarga perempuan sahaja, mereka hanya memanggil dengan nama
biasa sahaja seperti yang tertera di atas kad pengenalan.
p/s: Kata
panggilan yang digunakan dalam sesebuah keluarga adalah berbeza
mengikut negeri, adat dan budaya yang diamalkan. Tidak semua orang
menggunakan kata panggilan yang sama.